Objektif Penubuhan
- Menjaga dan memastikan nilai kehidupan para pengguna dengan hak-hak dan tanggungjawab mereka.
- Menjalankan kajian yang bebas dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak ke atas keperluan pengguna dan membuat cadangan kepada pihak kerajaan dan swasta.
- Menasihati pengguna dan menyelesaikan aduan mereka.
- Memastikan harga barang seimbang dengan mutu, berat dan nilai barang yang dijual bagi kegunaan orang awam.
- Berusaha untuk mendapat dan membaiki undang-undang.
- Menyebarkan maklumat yang berguna melalui penerbitan, seperti majalah, risalah, akhbar dan program pendidikan, seperti bengkel, seminar, ceramah dan lain-lain.
- Mewakili pengguna dalam pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun.